Thursday, December 24, 2015

abah .

al kisahnya . tak puas lagi ni ber pot pet kat twitter tadi . sambung sini pulak ! kih kih kih . abah ajak drive thru mcd . pukul 1.40 dah abah -_- hihi tapi bagi kami tu memang dah biasa . kalau masa kecik kecik dulu (sampai besar skang ni pon haa still sama) jenis abah dah pukul 12 maka keluar lah kami nak pi pusing2 bandar . biar ler duduk dalam keta je pon . so, jiran jiran pulak memang slalu tido awal . rumah kami aje lah haa slalu meriah sampai ke tengah malam (alhamdulillah adik beradik ramai) . tengok cha ler~ kol 3 or 4 pagi tido itu biasa . hahaha . padahal baru 2 tahon :)

akan aku rindu kan habit ni sampai aku tua . tapi tu lah . lain family lain lifestyle nya . kalau HN jenis yang pukul 12 sharp tido . memang dia tercengang lerr kalau aku ajak kluar . haha . kadang2 ada jugak cakap nak pi pusing2 dalam keta pon dah oke (petang oke . bukan malam) . tapi tu lah . dia mana faham yang aku dah disemai (cewahh) dari kecik macam ni . hahaha . tapi ada lerr kadang tu dia bawak pi pusing2 lepas balik kelas . tu pon kalau giliran dia park keta kat dalam . kalau kat luar ? JANGAN HARAP AZLINA ! hihihi .

so, dah balik dari drive thru tadi . maka berkampung laa dua beranak depan tv sambil tgok discovery channel (peveret abah) . baru nak ngap . dik mana cili sos . baru nak ngap kali kedua . dik mana kotak tisu . hahaha . senang kira kalau nak makan ngan abah kena complete . plus disiplin ! hahaha . nak isikan ais dalam gelas dia pon WAJIB basuh tangan dulu . kalau sediakan air nescafe . kena lap2 dulu yang tertumpah sikit2 kat tepi gelas tu . gelas x nak yang basah dan berbau . haaa . disiplin ! haha .

tapi aku x kisah . masa mula2 asyik kena tegur memang menyentap jugak keja nya . lama lama dah biasa . bila abah mintak air . walaupun just tuang air dalam gelas without air batu . tetap pegi basuh tangan . so, no hal lah kan ? benda baik :) tapi lately ni baru prasan . memang ada 1 perangai abah yang aku SAMA dengan abah tanpa sedar . hahaha . kalau makan . konfem ada suku bahagian yang tak habis . biar lah sesuap lagi pon nak habis . haha . benda ni banyak kali terjadi bila kluar makan dengan HN . jenuh jugak laa HN duk berletiaq ! haha . mama pon slalu bising kat abah . mungkin rezeki kita ada pada sesuap yang tak habis tu . haa . ada betulnya jugak kan ?

so, itu aje kisahnya nak cerita . eh panjang pulak entri pasal abah ni . hahaha . esok bukan father's day kan ? hihihi . ape salahnya . kita amik few minutes dari masa kita untuk hargai orang sekeliling kan ? so, conclusion nya ? HN is my prince while ABAH is always my king .




noktah .

No comments: